Pages

myself

My photo
My full name is NUR SYAFIQA MOHD YUSUF. find me at : facebook | twitter | tumblr | formspring

Wednesday, November 15

This post dedicated for you

Bam, baby tak tahu macam mana lagi nak pertahanankan lagi hubungan kita ni. Apa baby buat mesti salah. Kadang baby sengaja cakap nak putuskan hubungan sebab nak tengok bam sayangkan relationship kita ni ke tak. Tapi baby tahu bam penat malas nak fikir.

Every night, lepas kantoi pasal acc tu. Tak tenang baby fikir pasal bam. Apa salah baby buat dekat bam kenapa layan baby macam ni. Baby tinggalkan semua tu sebab bam tapi bam kembali sebab baby and bam salahkan baby. Apa yang patut baby buat.


Bila baby ajak bincang bam mengelak kata tak ada apa nak bincang, bam ingat baby suka relationship kita macam ni. Penat lah baby pertahankan kalau betul baby tak nak pertahankan relationship kita ni baby dah tinggalkan bam masa kantoi pasal acc tu. Kenapalah baby ni bodoh sangat, baby tak tahu nak buat keputusan apa sebab baby sayang bam. Baby tak nak bam tinggalkan baby. Kalau lepasni bam curang banyak kali pun baby hadam je. Baby tak kisah bam nak flirt around sebab benda tu je yang boleh hilangkan bosan bam. Baby tak reti nak layan bam, baby busy. Baby bukan seorang yang caring pasal bam. Setakat ambik tahu bam okay then baby pun okay.


Tak tahu berapa banyak dah air mata baby mengalir sebab bam, like every night baby menangis sebab kita.. Sekarang 3.15 am, bam tengah tidur tapi baby tengah tiap blog sambil menangis fikirkan tentang kita. Why not sekarang ni bam bangun tenangkan baby, Bam, baby tak kuat. Sepatutnya baby tengah study sekarang tapi menangis and berlambak dah tisu lap hingus. budak kecik sangat.


Kalau suatu hari bam rindu kita yang dulu, bagitahu baby ye. Tapi kalau suatu hari baby dah tak mampu nak pertahankan hubungan kita. MAAF.baby tak kuat sorang-sorang.

Banyak merepek tapi nilah apa yang baby tengah rasa sekarang.



cerita bored dari muaxily

No comments:

Post a Comment